Friday, 23 March 2012

marikh dan venus:)

Mengapa Marikh dan Venus (Zuhrah)?
Bercakap tentang persoalan perbezaan dan persamaan gender merupakan suatu perkara yang akhirnya tidak membawa kita kepada noktah kesimpulannya, bercakap tentang ini ibarat kita mengekori dua titik yang saling bergerak sentiasa menjauhi antara satu sama lain.Ianya bukan tidak boleh bertemu, tetapi amat jarang sekali!
Muslimat, tetaplah pada paksi Venus mu! Sesungguhnya planet planet seperti Marikh dan Venus itu telah tetap aturan dan peredarannya.Telah cantik Allah ciptakan letak duduk, masa dan mempunyai aturan peredaran pada paksi masing masing.Namun ia hanya akan menjadi masalah apabila Venus cuba beredar lebih cepat pada paksinya dan berputar lebih laju daripada yang telah di tetapkan, melawan sunnatullah yang telah di tetapkan, akhirnya karenahnya itu memakan dirinya sendiri, sehingga tergelincir dari paksi asalnya.Sedangkan seorang muslimat itu sunnatullahnya telah Allah ciptakan dengan penuh kesopanan, lemah lembut dan beradab, atau orang Kelantan katakan sebagai penuh dengan tama’niinah; seseorang itu andai berlemah lembut, beradab, namun apabila seseorang muslimah itu lari daripada sifat sifat kelembutan, sifat saling menghormati atau dengan sifat  yang bukan sepatutnya ada bagi seseorang yang bergelar perempuan, tapi wajib ada, bagi seorang muslimah atau perempuan itu, bermakna dia telah lari daripada paksi atau pun melanggar sunnatullah yang telah ditetapkan Allah.

ya allah,tetapkanlah aku pada paksiku.AMIN.

No comments:

Post a Comment